Saturday, 23 April 2016

Im's story




Kaki berpijak di jalan tar berhampiran dengan asrama. Tempat yang akan jadi rumah kedua aku. Ibu dan abah dah pulang, sesudah bersalaman .
My homie, here we go”. Dengan lafaz bismillah, aku mulakan langkah aku. 

Okay, that was so keskemaan punya pengenalan. Haha. Sambung balik langkah aku, panjat anak tangga. Sekilas pandang nombor bilik aku dekat kunci yang diberikan oleh abang-abang fasilitator. 204. Tingkat 2, mujurlah. Kalau tak jenuh jugak aku nak daki tangga ni. Now, looking for room number 4,. Eheheh , tu pun dia. My future room. Dengan senyum penuh semangat, aku masuk bilik tu.


Ada 2 katil double decker, so total 4 orang dalam bilik ni. Dah ada dua katil bersarung. Lagi dua katil kosong, aku pilih katil yang atas. Lagi satu, lantaklah mamat mana nanti datang. 

“ So ni masa nak angkut segala barang khazanah pulak”. Perghhh, sakit belakang aku weh angkat benda benda ni. Banyak dowh barang. Agak agak mengalahkan pompuan tak ah, hahaha. Tapi aku rasa pompuan lagi power kut diaorang punya luggage. Dah siap kemas, katil dah sarung cadar, baju dah simpan dalam loker. Badan pun dah melekit, dek kepanasan duduk mengangkut barang.

“ Mandi dulu lah, prepare zohor terus”. Getus aku dalam hati. Ambik tuala and segala jenis kelengkapan mandi yang sememangnya dah di asingkan letak dalam satu baldi. Tandas dengan bilik takder ah jauh sangat. Sempat ah aku lari if the emergency call was not in a right time, ehehe.


Sampai aku kat bilik sesudah dari mandi, ada dua orang budak kat katil masing-masing tengah berborak. Serentak mereka berpaling , agaknya nak tengok siapa yang datang. Berkerut muka mereka memandang aku. Entah ah, tak kisah pulak aku.

“ Assalamualaikum. Baru sudah mandi ke?”. Salah seorang budak tersebut tegur aku.

Haih mamat ni, sikit punya tak nampak ke aku tengah pakai tuala.
“ Ha’ah. Baru sudah. Saudara berdua dari mana? Tadi tak nampak pulak saudara berdua disini”. Haa , ambik kau , skema nak mampus. Gelak ditahan sedaya yang mampu.

Eh mamat tuala ni, bersaudara pulak. Ingat ni zaman P. Ramlee ke.
“ Kami dari kafe, baru sudah lunch. Hai nama aku Faizal, boleh panggil Ejoi”. Jawab budak itu.

“ Nama aku Jafri, boleh panggil aku JR. Nama saudara yang bertuala pula?”. Jawab lagi sorang budak.

“ Nama aku Iman, nickname aku pelik sikit”. Aku tersengih.

“ Apa nickname kau?”. Pelik tang camane pulak dah mamat nih. Getus Ejoi dalam hati.

“ Boleh la panggil aku Manja”. Dengan tak berperasaan aku menjawab. Senyum kambing terukir.

“ Hahaha. Apa punya klasik nak mampus nama kau”. Terletus ketawa dari Ejoi.

“ Takde ah. Hehe. Boleh panggil aku Im jer. Tapi kalau korang nak panggil aku Manja pun boleh. No problem”. Senyum sekali lagi terukir tanpa paksa.

Kedengaran gelak tawa dari bilik 204.

“ Tapi, weh. Aku nak tanya something la Im. Hang ni ala-ala gaya minah kampung pakai belit-belit tuala atas kepala tu, pahal?.” Tanya JR.

“ Ouh. Hahaha. Saja , dah jadi rutin lak dah”. Tersengih Im membalas.

“ Bukan apa, aku ingatkan minah mana sesat tadi. Tapi tengok kaki berbulu cam jantan lak. Adoi hang ni”. Balas JR.



Lagu Oasis- Wanderwall berdentum di telinga. Sebelah earphone dicabut dari telinga. So here we go, hella dude man. Kaki melangkah menuju ke bilik 204 dengan kasut sneakersnya itu.

Sedang sakan bersembang, datang lagi seorang budak memberi salam. Penghuni bilik ni la tu. Berpakaian t-shirt GAP hitam, berseluar slack hitam, ada cap atas kepala, tangan kiri bawak luggage, lagi sebelah tangan bawak baldi. Aura semacam je budak ni. Dengan sebelah earphone kat telinga.

“ Waalaikumussalam. Hai, penghuni bilik 204 ke?” Ejoi bertanya.

“ Ha’ah”. Hanya sepatah dijawab. Senyum hormat tiga saat.
Budak bercap itu terus masuk bilik dan memulakan sesi mengemas. Sunyi. Sepi. Pandangan JR, Ejoi dan Im tak lari daripada melihat budak itu.

“ Selamat berkenalan. Nama saya Faisal, panggil Ejoi. Yang sebelah saya ni, Jafri. Panggil JR. Yang mamat tuala tu, nama dia Iman , panggil Manja. Nama kau?”. Ejoi memulakan perbicaraan. JR menahan gelak. Im hanya buat muka sengih.

“ Nama aku Khairul Hafizi. Boleh panggil Kayr. Ouh, pahal nama kau sengau je weh, nak aku panggil Manja ke?”. Kayr bertanya kepada Im.

“ Eh tak de ah, panggil aku Im. Diorang ni saja je”. Im menggaru kepala yang tak berapa gatal.

“ Ouh, Im. By the way, pahal korang duk tengok aku macam tengok hantu je weh. Lek ah, first day kut”. Kayr membalas dengan senyum.

“ Tah ah, aura hang macam semacam je”. Hehehehe. Balas JR.

“ Hahaha. Aku letih kut. Lek ah, aku okay je weh. One more thing, Im , pahal kau buat gaya pompuan pakai belit tuala atas kepala tu weh. Okay gak ah , nak panggil kau Manja”. Dengan gelak Kayr bercakap.

Im dah gaya macam nak gelak tak gelak je. Ejoi dengan JR dah tak dapat tahan nak ketawa. Sudahnya semua orang ketawa. 


And the rest is history.

Thursday, 14 April 2016

Confession

Entry kali ni, im gonna to story mory pasai sorang ni,
I've received a confession , from my dude,

Speechless, even though aku dah pernah terima this kind of confession, but this one is a bit different from others.

This confession not asking me to further our relationship, but it just wanna let me know about his feeling,
Though kitaorang just kenal about one year only,
Aku dengan dia , memang truly a good friends,
Kalau bab gaduh2, memang power ah.
Lebih lebih lagi bab mengata aku, memang nombor satu,

What makes this different from others, because he himself doesnt want to have any further relationship, yeah same goes with me.
But he said, dia percaya dengan takdir Allah, if we have that jodoh, then he will proceed,
What makes me tersentuh is, dia betul betul tekad, sampaikan dia kenalkan aku dengan ibu dia, perghhh that time terkejut aku, i was just 19 years old. And i'm not really want to have this kind of cintan cintun,

Jaga batas pergaulan, percaya dengan ketentuan Allah , tu dia pesan.
Trust each other, doa for the best.
Aku betul betul nampak kat situ kesungguhan dia,
And dia pesan, if salah seorang from us jumpa orang lain, meaning that jumpa yang lagi baik, we're gonna tell about it,
Its about time,
Perjalanan kitaorang still jauh ,tersangat jauh.
Even aku sendiri tak pernah terfikir untuk have a relationship,.
But thanks to Allah, dia pun tak nak, and dia dah cukup faham what is good and bad.

Dia larang aku doa supaya dia jumpa yang lebih better, but 😂😂
Indeed , dude, you have the right to have a better person,.

Aku doakan semoga Allah tunjukkan jalan yang terbaik, dan kurniakan yang terbaik.
Semoga Allah menjaga iman masing masing, dan semoga Allah kuatkan hati masing masing untuk berubah ke arah yang lebih baik.

Dan the most important is, if we have that jodoh, semoga Allah permudahkan segalanya,

Dan sekiranya jodoh itu bersama orang lain, aku doakan kau bahagia dunia akhirat, aku doakan kau gigih pimpin si dia menuju keredhaan Allah,

Amin ya rabbal 'alamin .
Biidznillah.