Monday, 25 December 2017

dia






Natrium Benzoate

Dulu dia pernah dekat,
Sekarang dirinya menjauh.
Terlalu jauh, sehinggakan aku tak mampu untuk memanggilnya kembali.

Melihat dia dari jauh sedang hidup bahagia,
Bahagia dengan orang yang berada dekat dengannya.
Itu sudah memadai untuk aku turut merasa bahagia.

Benar orang bilang,
Cinta tak semestinya memiliki.
Dah bertahun, masa itu berlalu.

Kenangan itu,
Selagi kepala boleh ingat
Selagi itu akan kekal terpahat.

Sewaktu dia pergi,
Aku tak pernah menyalahkan,
Karena semua itu ada kebaikannya.
Lihatlah kami yang sekarang.
Lebih matang.

Bicaralah dalam doa
Jagalah kerana Allah
Semoga aku pun turut berada didalam doa mu







Mimpi 

Masih yang sama
Mimpi yang sama
Wajah yang sama

Iya, aku sedar
Itu hanya mimpi
Walaupun dah berkurun lamanya, wajah itu masih lagi singgah

Maka tersedarlah
Wajah itu hanya singgahan sementara
Maka tersedarlah
Aku sekarang berada di alam nyata

Kamu rindu?
Entah, sendiri pun tidak pasti

Mimpi itu
Walaupun sekejap
Walaupun hanya mimpi
Tapi
Aku masih tersenyum.


aku dan kami



“ kenapa kau ni tak berperasaan?”


Dude. U never know dude. Orang seperti kami, tidak pandai meluahkan sesuatu dengan kata- kata. Kau takkan paham.

Menjadi tak berperasaan dengan mengendahkan apa yang berlaku.

*

Bukan sengaja.
Bukan sifat yang dibuat.
Itu sumber kekuatan kami.
Dengan menjadi tak berperasaan, kami jadi seperti sekarang.
Kuat luaran, tabah dalaman.

Kamu juga begitu. Cuma yang berbeza.
Cara seseorang itu.

*
*
Bukan beerti kau tak pernah melihat kami menangis, kami tak kenal erti sedih.
Bukan beerti kau tak pernah melihat kami risau, kami tak kenal erti bimbang.
Bukan beerti begitu. Sama sekali bukan.
Jauh di sudut hati kami, kami mengambil berat.
Jauh di sudut hati kami, kami risau.
Cuma, sekali lagi aku cakap. Cara kita berbeza. :’)

Mengetahui kami seperti ini, bukan beerti kamu boleh menduga perasaan kami, hanya kerana melihat kami ‘kental’.
Memendam perasaan bukan sesuatu yang bagus. Bukan sesuatu yang boleh dibanggakan.

Bagaimana kami melihat sesuatu masalah yang datang adalah dengan berfikir jauh yang mana lebih membawa kebaikan. 


Jika dengan melupakan,
Jika dengan mengendahkan,
Jika dengan menjadi seorang yang bakal dibenci,
Jika dengan menjadi seorang yang akan disalah erti,
Jika itu semua mendatangkan kebaikan. Aku tak kisah. Kami tak kisah untuk hadapinya.
Sebab itu semua bukan pertama kali.



Guys, kita semua sama. Yang berbeza hanya perangai. Yang berbeza hanya pada nama.
Aku menulis entry kali ni, bukan untuk menunjuk-nunjuk. Bukan untu membezakan.
Sama sekali bukan. Aku hanya nak mengatakan, ada golongan sebegini di kalangan kamu semua. Ada. J.
Cuba untuk memahami sesama kita.

.
.
.
Mereka ini good listener. Mereka ini golongan yang setia.

Friday, 1 December 2017

I AM BACK !!

HAHAHAHA.

emm actually ni bukan first entry aku untuk this year.
emm actually aku delete semua post.

entahlah.
it was a tough moment. and i don't want remember it at all.
so thats why aku delete semua tu, if ada yang pernah terbaca post sebelum, surely you will know what its all about ;)

how Allah teach me to survive alone, how Allah make me feel like no one else will always be with me unless Him.

macam mana aku nak perbetulkan pemikiran aku untuk terus mempercayai makhluk yang bernama manusia.
macam mana aku berusaha untuk terus stay cool stay calm with all those things yang buat hidup aku haru.
it is really effected my life to trust , to believe , to have that keberanian untuk sebuah kepercayaan.

well, aku tak pernah salahkan sesiapa, dan juga tak merasa menyesal.
look i am now, its a way better dari dulu. and its a way better dari dia.


okay tu je, hahaha later aku akan teruskan coretanchenta aku yang tak seberapa ni.
have a nice day ! fi hifzillah.