Natrium Benzoate
Dulu dia pernah dekat,
Sekarang dirinya
menjauh.
Terlalu jauh,
sehinggakan aku tak mampu untuk memanggilnya kembali.
Melihat dia dari jauh
sedang hidup bahagia,
Bahagia dengan orang
yang berada dekat dengannya.
Itu sudah memadai
untuk aku turut merasa bahagia.
Benar orang bilang,
Cinta tak semestinya
memiliki.
Dah bertahun, masa itu
berlalu.
Kenangan itu,
Selagi kepala boleh
ingat
Selagi itu akan kekal
terpahat.
Sewaktu dia pergi,
Aku tak pernah
menyalahkan,
Karena semua itu ada
kebaikannya.
Lihatlah kami yang
sekarang.
Lebih matang.
Bicaralah dalam doa
Jagalah kerana Allah
Semoga aku pun turut
berada didalam doa mu
Mimpi
Masih yang sama
Mimpi yang sama
Wajah yang sama
Iya, aku sedar
Itu hanya mimpi
Walaupun dah berkurun
lamanya, wajah itu masih lagi singgah
Maka tersedarlah
Wajah itu hanya
singgahan sementara
Maka tersedarlah
Aku sekarang berada di
alam nyata
Kamu rindu?
Entah, sendiri pun
tidak pasti
Mimpi itu
Walaupun sekejap
Walaupun hanya mimpi
Tapi
Aku masih tersenyum.