Saturday, 25 June 2016

13:28

Dan akan tiba waktu itu,
Bila kau sedang lemah,

Kau terasa,

Menyesal. Iya. Menyesal.

Dengan keputusan yang kau dah buat.
Kerana kau rasa apa yang kau dah decide tu susah nak diteruskan.

Keputusan yang pada mulanya dipenuhi dengan semangat.
Yang pada mulanya dimulai dengan hati yang tenang.
And now,
Kau rasa sesak, rasa ingin putus asa.

Dan akhirnya kau sedar, semua tu ujian bagi kau. Semua tu lumrah kehidupan.

Kau yakin kembali, kau gigih kembali. Dan setiap kali kau merasa sedemikian, setiap kali itu juga kau bertambah kuat.

Sebab kau yakin,

Allah ada.
Allah bersama dengan kau.

Walaupun mereka tak memahami,
Walaupun mungkin kau akan kehilangan mereka,

La tahzan. Jangan bersedih. Kau ada keluarga. Kau ada kawan. Yang sentiasa beri kau semangat. Walaupun bukan dengan kata-kata. Tetapi cukuplah dengan mendengar luahan kau.

Kau akan teruskan langkah, sebab kau tahu. Kau nak dapatkan keredhaan Allah, bukan mereka.

Moga walau hari ini adalah hitam, kelabu dan kelam. Tapi esok masih punya harapan untuk jadi pelangi seribu warna.


Minta dengan doa.

Let there be conviction in my heart, peace in my soul, light in my sight, richness in my sustenance, sincerity in my deeds and eternal thankfulness to You as long as i am here.
Allahumma aminn.


Ihfazillah yahfazka, inshaAllah.

Thursday, 9 June 2016

Im's story [2]



Dah genap seminggu berada di asrama ini. Selama seminggu itulah maka berkakhirnya minggu orentasi yang sangat memenatkan. Lagi dua hari, mereka berempat akan memulakan sesi persekolahan di sekolah tersebut. Hari minggu yang sangat menyenangkan. Kelihatan segelintir pelajar yang mengambil peluang ini untuk keluar berjalan-jalan di bandar. Ada juga pelajar yang mengambil keputusan untuk berehat di bilik masing-masing, sambil mengemas apa yang patut. Termasuklah Im, JR, Kayr dan Ejoi yang sedang lepak di padang sekolah pada petang itu. Entah macam mana mereka boleh menjadi rapat. Masing-masing berbaring di atas padang rumput itu sambil dibuai oleh angin yang nyaman.


Guys, hangpa semua pernah duduk asrama ke before this?.” JR bertanya.

“ Aku tak pernah. Ni kira first time ah”. Balas Kayr.

“ Aku memang dari sekolah berasrama. So yes”. Jawab Ejoi.

“ Aku sama dengan Ejoi lah, pahal tanya?”. Im bertanya.

“ Takdalah, homesick ada gak ah sikit. Tapi mujur lah ada korang, at least happy gak hidup aku kat sini”. Balas JR dengan senyuman.



“ Weh, korang tak rasa kita ni ala-ala model apa jer duk jemur panas tengah padang ni”. Tanya Im dengan sengih.

“ Alaa, kira okay pe jadi model. Agaknya kita handsome sangat kut sampai burung-burung duk terbang pun tak keluarkan diaorang punya bloody shit”. Balas Kayr.

“ Yang kau tu pun Kayr. Memang tak leh senggang ey dengan kau punya mp3 tu. Siang malam aku nampak kau duk heret je benda alah tu”. Bebel Im kepada Kayr

“ Ah this one is cannot laa. My chenta hati pengarang jantung aku”. Balas Kayr dengan sengih sumbing.
 
Guys, aku lapar laa”. Tiba-tiba JR menyampuk.

“ Periuk belanga kau! Tadi bukan ke dah makan kat kafe?”. Balas Ejoi 

“ Im. Tengok Ejoi tu, dia panggil aku periuk belanga”. Balas JR sambil mengesot badannya mendekati Im.

“ Yang kau dekat ngan aku ni pahal lak. Jangan dekat. Nanti tak pasal-pasal periuk belanga tu pindah kat aku pulak. Mati aku nak cekup duit tang mana pulak”. Im membalas dengan acuh tak acuh.

Hasilnya satu tumbukan singgah lembut di bahu Im. 

“ Mangkuk hayun punya kawan”. Balas JR dengan buat bibir yang dimuncungkan tanda merajuk.

“ Haha. Apa jenis lawak la korang ni. Dah jom ah. Kang mati kebulur anak orang nanti susah pulak”. Jawab Ejoi dengan sisa ketawanya.

Im dan JR bangkit dari baring mereka. Ejoi dah berjalan dihadapan mereka. 

“ Kayr, jom la blah”. Ajak Im.

Tiada balasan yang diterima. Kelihatan Kayr masih khusyuk dengan mp3nya.

“ Weh, Kayr jom laa”. Ajak Im sekali lagi dengan suara yang lebih kuat. 

Masih tiada reaksi yang diberikan.

“ Weh!!!!”. Tempik Im disebelah Kayr.

Terkejut Kayr, sambil melurutkan headphonenya .
“ Haa?. Apa dia?”. Tanya Kayr dengan terpinga-pinga.

“ Allahu rabbi. Haih, lemah betul aku dengan budak ni”. Balas Im sambil mengetuk dahinya sendiri.

“ Haha. Im , aku rasa kau ambik je mp3 dia tu, rendam kat parit belakang asrama kita”. Balas Ejoi yang sedang berdiri tak jauh dari mereka.

“ Hehehehe. Lek ah, hidup harus sentiasa bahagia”. Kata Kayr sambil tersengih buat muka tak bersalah.

“ Dah la weh, jom ahh. Perut aku dah menyanyi ni”. JR berkata sambil menggosok perutnya itu.

“ Haa jom jom. Kau pun Manja, udah udah la tu kasi aku panahan mata kau tu”. Jawab Kayr sambil berjalan melepasi Im.

“ Woi!”. Satu lagi tumbukan lembut selamat mendarat di bahu Kayr. 



Tercetus gelak diantara mereka sambil meneruskan langkah kearah kafe.