Saturday, 25 June 2016

13:28

Dan akan tiba waktu itu,
Bila kau sedang lemah,

Kau terasa,

Menyesal. Iya. Menyesal.

Dengan keputusan yang kau dah buat.
Kerana kau rasa apa yang kau dah decide tu susah nak diteruskan.

Keputusan yang pada mulanya dipenuhi dengan semangat.
Yang pada mulanya dimulai dengan hati yang tenang.
And now,
Kau rasa sesak, rasa ingin putus asa.

Dan akhirnya kau sedar, semua tu ujian bagi kau. Semua tu lumrah kehidupan.

Kau yakin kembali, kau gigih kembali. Dan setiap kali kau merasa sedemikian, setiap kali itu juga kau bertambah kuat.

Sebab kau yakin,

Allah ada.
Allah bersama dengan kau.

Walaupun mereka tak memahami,
Walaupun mungkin kau akan kehilangan mereka,

La tahzan. Jangan bersedih. Kau ada keluarga. Kau ada kawan. Yang sentiasa beri kau semangat. Walaupun bukan dengan kata-kata. Tetapi cukuplah dengan mendengar luahan kau.

Kau akan teruskan langkah, sebab kau tahu. Kau nak dapatkan keredhaan Allah, bukan mereka.

Moga walau hari ini adalah hitam, kelabu dan kelam. Tapi esok masih punya harapan untuk jadi pelangi seribu warna.


Minta dengan doa.

Let there be conviction in my heart, peace in my soul, light in my sight, richness in my sustenance, sincerity in my deeds and eternal thankfulness to You as long as i am here.
Allahumma aminn.


Ihfazillah yahfazka, inshaAllah.

No comments:

Post a Comment