Monday, 15 January 2018

wrap!



Happy new year guys!! 

Know that it’s a bit late. Hahaha
Btw kelmarin dah rasmi, aku menamatkan sem 3 dengan penuh jayanya! Hahahaha.
Allahu, sem ni tersangat sangat lah mencabar mental fizikal aku, sampai tahap dah nak putus asa. 

But everything went well. Alhamdulillah

Untuk sem ini, untuk tahun 2017. 
Mengajar aku terlalu banyak erti kehidupan, erti sebuah perhubungan, erti sebuah hikmah. 


Macam mana aku koyak tengah jalan, macam mana aku cuba untuk bangkit, macam mana aku cuba untuk tidak melayan perasaan. Semua tu, it hurts me a lot.
Aku belajar erti sebuah kepercayaan. 

Ya aku paham, manusia datang dan pergi. Begitulah juga terjadi dalam hidup aku.
Kawan yang pernah jadi good listener, tiba tiba dah menghilang. Betul, tak semua akan kekal. 

Jangan tanya aku kenapa aku selalu antisocial. 
Jangan tanya aku kenapa aku tak mudah untuk meluahkan. 
Jangan tanya aku. 

Keadaan sekeliling membuat aku jadi begitu. Tak mudah untuk aku percayakan seseorang.
Bukan mudah juga untuk aku terus positif setelah merasa seperti kehilangan sesuatu.
Bukan mudah juga untuk aku tidak memandang bagaimana pandangan makhluk bernama manusia terhadap aku.

Dan pada akhirnya, hanya tempat aku bercerita sendiri hanya lah disini. Melalui tulisan. Aku tenang. 


Dan juga pada Dia.


Emm it’s a wrap!! Hahahaha. 
Untuk tahun 2017 aku paham apa erti pengorbanan.
Aku mula faham apa itu harapan. 
Aku mula faham apa maksud kesetiaan. 
Aku mula faham apa erti kawan. 
Aku mula faham erti menghargai. 
Aku mula mencuba memahami apa erti hidup.
Bukan definisi dari aku sahaja, malah juga dari insan yang dekat dengan aku.



Untuk segala keegoan aku, maaf. Hanya itu yang mampu buat aku terus kuat seperti sekarang.
Untuk segala ketidakprihatinan yang sepatutnya aku tunjukkan, maaf. Hanya itu yang telah membuat aku menjadi lebih matang.
Untuk segala ketidakterbukaan untuk berkongsi, maaf. Kerana itu adalah cara aku.
Kerana itu adalah aku.


Dan untuk aku,

Dear myself.
Kerana telah menyakiti diri kamu, hanya untuk tidak menyakiti orang lain.
Kerana telah menjaga hati orang lain, sedangkan hati kamu tidak terjaga.
Kerana tidak mengambil berat tentang kamu, sebaliknya lebih mengambil berat akan hal orang lain.
Kerana selalu memendam sesuatu dengan terlalu lama, sampai lupa, kamu juga punyai hati dan perasaan.
Terlalu banyak perkara kamu diabaikan. Terlalu banyak. Maaf. 

I just want to say that, u are strong. So strong. Aku bangga dengan kamu. Aku bangga.

Dan semoga kamu terus kuat, supaya aku pun kuat.
Semoga selepas ini, kamu lebih mementingkan diri sendiri, berbanding orang lain. Kerana kamu amat berharga. 

Terima kasih untuk semua pengorbanan kamu. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment