Tuesday, 12 July 2016

Asasian's story


So, harini terasa nak coretkan serba sedikit kisah asasi aku. Bukan full punya stories, tapi cukuplah untuk aku wujudkan mereka dalam penulisan aku. Yang selebihnya, aku abadikan dalam ingatan aku. Perghhh ayat, hahaha.

.
.
.
 
Kehidupan selama setahun di asasi. Banyak benda aku belajar. Aku dapat ramai kawan. Aku dapat banyak kasih sayang. Tak terungkap dengan kata kata. Betul. Sebab sangat indah. Kenangan itu, hahaha takkan aku lupa. Selagi mana kepala ini boleh ingat, selama itu la kenangan akan terpahat. 
At first, memang aku takut. Sebab aku bukan seorang yang mudah bergaul dengan orang, since kat sekolah dulu aku banyak bergantung dekat orang lain. But then, aku cuba untuk berubah. Lebih ramah. Tapi cannot la, this cold person will remain be cold, haha. 


Orang pertama aku jumpa, orang pertama yang aku berkawan, since dia budak satu kelas dengan aku. Time tu, tengah buat kad matrik, and betul la orang cakap, takdir Allah. Aku dengan dia tengah tunggu giliran untuk buat kad. And masa tu geng kitaorang borak la, kelas mana , rumah tingkat berapa. And sekali lagi takdir Allah, dia budak kelas aku, and satu blok dengan aku, and satu floor dengan aku, and know what, rumah aku dengan rumah dia, berhadapan je. HAHAHA what a coincidence. Tapi masa tu, aku rasa aku sorang je yang terlebih ramah. Then bila start first class, aku nampak dia, and aku pun apa lagi, since dia sorang je yang aku kenal. Duduk je sebelah dia. And the rest is history. Siapa tahu, now dia jadi one of my bestfriend ever. Siapa tahu, now aku jadi dia punya good listener, sampai nangis leleh pun dia cari aku. Siapa tahu, dulu time aku marah sedih, aku cari dia je. Hahahhaa,.siapa tahu , kan?. Cukup indah perkenalan kitaorang , sebab Allah yang rancang. Aku tak mengharapkan lebih dari itu. Apa yang Allah kasi dekat aku, sudah cukup. Nikmat itu, Alhamdulillah. Actually banyak benda aku lalui dengan dia. Tapi biarlah benda tu aku simpan kemas kemas dalam ingatan aku. Dan hanya aku, dia dan Allah saja yang tahu. 


Masuk sem dua, kitaorang berjauhan sikit, ahhaha. Sebab dapat blok lain. Jauh la sikit. And actually, sem dua ni, aku sedikit renggang dengan dia. Entah la. Mungkin situation yang caused that thing happened. Tapi sayang aku dekat dia, tak pernah kurang. Eventho, aku selalu marah sebab lambat, hahhaha. Allahu rabbi, sori beb. Memang aku jenis macam tu. Kalau nak cerita yang rapat rapat punya part, sem satu la kiranya. Berkepit je kerja. Hahaha. Beli makanan, naik tangga turun tangga , tunggu bas, solat, pi tandas, pi kuliah, turun naik lif, pegi bilik lecture, pi makmal, pi kafe, and so on. Semua benda buat sama sama. And benda tu , aku rindu beb. Dan semoga Allah jaga hubungan ini, sampai syurga. inshaAllah. Allahumma amin.



So balik kepada cerita kita tadi, budak kelas c1. One word yang aku boleh cakap, cinta. LOVE. Not that kind of cinta ,hahaha. Kelas ni penuh dengan cinta. Penuh dengan kasih sayang. Dan daripada semua tu, lahirnya awesome, fun, wonderful, unexplicable, and so on yang seangkatan dengan nya. Semua orang nice. And special. Alhamdulillah, Allah beri aku peluang jadi ahli kelas ni untuk that one year. Sebab kelas ni, betul betul bermakna buat aku. Like I said before la, a lot of things yang aku belajar dari mereka. Sangat bermakna. Sangat istimewa. 
And aku takkan lupa, sampai akhir hayat aku. Apa yang aku belajar dari diorang, adalah mereka berkawan , menjadi kawan , dan melakukan apa yang sepatutnya seorang kawan lakukan. Kalau nak suruh aku story one by one, memang tak larat la, entah berapa page baru habis, hahahah. Diorang punya karenah, semua benda la, kelebihan kekurangan, mereka menerima masing masing dengan seadanya. 
And from that, membuatkan kelas kitaorang fun, takde yang gaduh gaduh. Semua hormat each other. Walaupun ada dua orang ni, lelaki and perempuan, hahaha. Nice one la. Diorang punya gaduh takda sapa boleh kacau. Allah, selalu keluar kata kata azimat dari mulut diorang. Memang tak pernah nak sekufu, hahahaha. Ada je benda tak puas hati. But, that one bukan gaduh betul. Malahan, kitaorang pun terhibur je tengok diorang gaduh. 




Dan terlahirnya great troublemaker, aku pun tak tahu macam mana. Lima orang sekawan. Ni geng betul betul like tak kisah pasal orang. Hahaha. Jenis buat hal masing masing. Gaduh pernah, tumbuk tampar pernah. Hahaha. Tapi kitaorang takkan pernah lupa untuk buat hari hari kitaorang penuh dengan gelak ketawa. Aku experienced banyak benda dengan diorang. Buat benda yang aku tak pernah buat. Okay that part , memang betul. Tak tipu, hahahaha. Apa pun kelemahan diorang, tapi akan ada yang melengkapi kelemahan tu. Alhamdulillah, Allah hadirkan mereka dalam hidup aku. Fihifzillah. Semoga korang dalam jagaan Allah selalu, Allahumma amin. Uhibukkum fillah.

.
.
 
Everything yang Allah hadiahkan buat aku, perkenalan ini, hubungan ini, aku bersyukur. Setiap perkara yang aku lalui dengan mereka, baik buruk, aku bersyukur. Memang betul orang cakap, setiap kemanisan, akan ada jugak kepahitan yang dirasa. But pada akhirnya, kau sendiri yang buat pilihan. Kau sendiri yang buat keputusan. So semua manis manis tu aku simpan, aku kongsikan kepada mereka. Yang pahit pahit tu aku jadikan pengajaran, aku jadikan pengalaman. Sebab aku , mereka, hanya manusia biasa. Tak sempurna. Dan takkan pernah jadi sempurna.


Segala mangkuk,
Segala gurauan, aku akan rindu semua tu.



Masa boleh membawa seribu satu perubahan bermacam gaya.
Kerana Allah kita bertemu,
Kerana Allah kita berpisah,
Tidak lagi berhubungan melalui teknologi,
Tetapi kekalkanlah berhubungan melalui doa.
Hanya Allah yang tahu.
[this nice quote from hlovate, again hlovate XD]


No comments:

Post a Comment