Wednesday, 27 July 2016

Bahagia bro, !

Perancangan Allah adalah yang terbaik.

.
.

Jangan mengeluh kalau ia tak seperti apa yang kita idamkan.
Jangan kecewa kalau ia tak seperti apa yang kita inginkan.

Bukan nak cakap aku manusia yang baik, yang tak pernah keluh kesah apa yang Allah berikan. Aku pun manusia. Aku pun lemah.
Tapi cukuplah selama ni kita dah tersasar jauh. Sampaikan tak pernah nak nampak apa hikmah, apa kebaikan disebalik dugaan semua tu.

.
.
.

Apa yang aku belajar selama ni,
Jangan banyak bertanya KENAPA, tetapi kita belajarlah untuk banyak menerima.
Kau tak payah nak tengok kesenangan orang lain, sedangkan kau tak pernah nak tahu kesusahan yang dia pernah hadapi. Mungkin dari luaran , kau cemburu melihat apa yang dia miliki, hidup yang bahagia.

Tapi kau silap, bro.

Sebelum dia bahagia , dia pernah merasakan sakit. Sehinggakan apabila detik itu berulang kembali, dia belajar untuk terus bahagia. Sebab apa? Sebab dia dah letak sepenuh kepercayaan dekat Allah.

Kau lihat ujian dia tak seberat ujian yang kau hadapi.
Mana kau tahu , kalau kau berada di tempat dia, kau akan kuat seperti dia. Kau tak tahu. Sebab Allah hadirkan ujian mengikut kemampuan masing masing. Allah tak kan kasi kau susah kalau kau tak mampu.

Sebab Allah tahu , kau mampu.
Kau mampu , bro.

.
.

Tapi nasib kau tak akan berubah kalau kau sendiri yang tak berusaha untuk mengubahnya. Minta dengan Allah, berharap pada Allah. Jangan berharap pada manusia, kerana yang kekal itu, hanya Allah. Yang tak pernah nak judge kau, hanya Allah.

Kau lihat mereka hebat, kerana mereka mampu untuk berubah.
So you too, bro.

The most important is, kau hanya perlu risaukan apa pandangan Allah pada kau. Bukan pandangan manusia pada diri kau. Menjadi lumrah sometimes orang tak suka apa yang kita buat, tetapi cukuplah kau tahu apa yang kau buat tu Allah suka. Kau nak kejar keredhaan Allah, bukan manusia.

Aku harap,
aku, kau,,  takkan jadi golongan yang suka menghukum orang lain. Golongan yang suka bersangka buruk terhadap orang lain. Sebaliknya, kita sendiri perlu ubah diri ini untuk jadi lebih positif, lebih memahami orang lain.

Situasi yang seperti roda, which is dulu kau begitu, sekarang kau dah berubah, dan ada orang yang begitu, kau mendorong mereka untuk ubah pemikiran mereka.

Kau tahu tak, kalau kau senyum, it can promote positive feelings,?
Aku rasa, kau tahu. 😊

And, kau tahu tak, kalau kau senyum, it can make someone melting,?
Aku yakin, kau tahu. 😂✌

Salam sayang,
Fi hifzillah. Hadza min fadhli Rabbi.

No comments:

Post a Comment